Uncategorized

Ice Cafe di Penang

What! Elsa mai Penang buka Cafe kenapa Olaf tak bagitau. Ice Cafe di Penang ni selain daripada makan, anda dapat bergambar dengan suasana di cafe ini seperti berada di dunia Frozen. Tapi selepas Elsa buka cafe dia dah balik ke dunia dia, Olaf pula tinggalkan tangan dan hidung ja.

Di sini hanya pelanggan cafe sahaja dibenarkan untuk bergambar di sini, so kalau ada yang tak mau makan boleh beli la secawan air RM14 demi bergambar disini.

Kalau berada di Penang jangan melepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman istimewa di sini. Santai sambil menikmati dessert yang serba mewah dengan pelbagai buah-buahan. Bila cuaca panas diluar kena pula dengan ais krim yang sejuk ini memang terbaiklah. Jom kita tengok Ice Cafe serta dessert yang ada di sini. 

Kaunter membuat pesanan makanan 

Waktu hujung minggu ramai orang, kalo week day mai boleh la dapat gambar lebih kualiti.

Decoration di dalam ice Cafe ini yang unik dan di dalamnya sejuk seolah anda berada di luar negara. Kawasan kafe ni boleh muat seramai 80 sehingga 100 orang dalam satu masa. Makanan di sini kabanyakan dessert atau makanan manisan. Kebanyakan makanan dengan tawaran harga RM15 ke atas.

Pintu entrance nampak biasa biasa je

Sekali pandang ingatkan gambar grafic dalam Frozen sungguh, balik rumah nanti gantikan meja makan dengan batu simen cat putih jadi tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s