Uncategorized

10 Aktiviti Menarik di Bukit Bendera

Dikejar monyet di Bukit Bendera

Berjalan santai sambil menikmati keindahan alam tiba tiba muncul sekumpulan gangster monyet blocking jalan. Umpama dunia sudah berhenti seketika .

Ini permulaan perjalanan di Bukit Bendera

Kalau tak jejak kaki di Bukit Bendera ni tak sempurna percutian di Penang

Bukit bendera ni istimewa, ada 4 Musim,

Nak cari kat mane 4 Musim dalam 1 hari

…Pagi musim sejuk

…Tengahari musim panas

….Petang musim luruh(makeup awak tu)

…Malam musim sejuk A/C homestay Pink Pingu

Ok tak 4 musim Penang ni, ada Musim Musang King lagi.

10 Aktiviti menarik di Bukit Bendera

  1. Naik Keretapi

Naik keretapi ni best tapi yang paling best kalau tak perlu beratur panjang pastu beli ticket harga discount.

Siapa pernah beratur panjang kat sini tolong komen skit sebab customer sendiri pernah patah balik sebabkan que terlalu panjang

Waktu harga promo

6.30am – 9 am

7.00pm – 10.30 pm

Harga kasih sayang orang Malaysia RM3.00 seorang untuk semua kategori tapi cuti sekolah tak sah.

Parking kereta per entry Rm5.00 sahaja tapi waktu cuti cepat penuh jadi datang awal selepas subuh.

2. Viewing deck

Ada teropong warna warni kanak-kanak mesti ingin mencuba

RM1.00 untuk 2 minit boleh la tangok kapal kapal bandaraya sekitar George town

3. Love Lock

Love lock yang ada di viewing deck dah menjadi suatu trend. Entah budaya ni datang dari mana pasang mangga dipagar pasang. Kepada yang berminat love lock ni, balik rumah nanti love lock pintu almari baju, love lock almari dapur dan jangan lupa love lock pintu toilet.

4. Cliff Cafe

Menjamu selera sambil menikmati pemandangan puncak bukit yang nyaman. Harga berpatutan kalau nk tau makanan ape yang best nantikan kita buat post lain. Selain makanan, ada banyak gerai yang menjual cendera hati di Cliff cafe.

5. Owl Museum

Muzium ini berada di kawasan Astaka Bukit Bendera dan perlu beli ticket. Kanak-kanak RM6,dewasa RM 12 seorang.

6. Bel Retiro

Bel Retiro ni bangunan bersejarah yang dibina oleh Francis Light. Pelancong hanya boleh masuk sehingga pintu gerbang saje.

7. Earthquake and Typhoon Pavillion

Di Earthquake & Typhoon Pavillion, anda boleh merasai simulasi bencana gempa bumi serta taufan dalam keadaan yang selamat.

8. Menaiki Buggy

Bagi orang yang malas berjalan kaki atau ada budak kecik anda boleh menikmati persekitaran Bukit Bendera dengan menaiki buggy. Buggy ini boleh memuatkan seramai 6 orang. Kadar RM30 akan dikenakan untuk setiap buggy.

9. The Habitat

Boleh pilih Sunrise Tour atau Sunset Tour. Boleh tengok dan experience keadaan dalam Rainforest semulajadi ni macam mane. Selalu dok tangok National Geography ja mai la jalan dan menikmati alam semulajadi.

10. The Little Village

Ada binatang kecil, tempat cantik nak berganbar dihias dengan bunga-bunga. Tapi awas bila jalan sebab ada banyak monyek buat peanut butter tenga jalan.

Semoga info mengenai harga tiket Bukit Bendera untuk menaiki kereta api ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Anyway bab kena kejar monyet tu bukan saya tapi tangok orang lain kena kejar monyet. Why not bukan setiap hari boleh experience kena kejar monyet kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s