Uncategorized

Review us and get your cash back now

Review service kereta sewa dan homestay kami dan dapat cash back sekarang, hanya di Pink Pingu sebab kami hargai setiap satu pelanggan kami.

Terimah kasih kerana sewa dengan kami, jika ada sebarang masalah sila hubungi kami dan kami sedia membantu anda. Jika ada cadangan boleh hubungi kami dan kami bersedia menambah baik.

Sebagai tanda penghargaan kami terhadap anda, Pink Pingu bagi Cash Back kepada setiap palanggan yang tinggal Rating serta Review 10 patah perkataan di link di bawah ni.

Rating dan Review lepas tu bagi tau kami dan kamu boleh dapat cash back, senang je.

Uncategorized

Penang Bird Park

This Penang bird Park Located at Seberang Jaya just close to Sunway carnival that mean it in the center of the town unlike some Park that build so far away from town. Beside the Park is a river and there is a store selling the great cendol.

Time Out says

“Both the first and largest bird park in Malaysia, Penang Bird Park is home to more than 300 species of aviary from all over the world. From giant aviaries to geodomes simulating natural habitats, the well-maintained facilities house a diverse selection of plants, reptiles and mammals in addition to some 3,000 birds.”

Entrance of Penang Bird Park

I still remember the first time I bring my kid there, it was quite amazed me that The Bird Park actually bigger then i thought.

Latest Ticket Price from ernyfirdaus.blogspot.com
Entrance of Penang Bird Park, you can buy Ticket and souvenir here.

Short list of Hotel nearby the Penang Bird Park, 10 in the list from 5 star to 2 star hotel.

  1. The Light Hotel 0.2km away
  2. Sunway Hotel Seberang Jaya 0.3km
  3. OYO 708 S Hotel 0.2km Penang
  4. Safira Ciuntry Club 0.2km
  5. The Blanket Hotel 0.3km
  6. E-Red Hotel 0.3km
  7. D Cozy Hotel
  8. Pearl View Hotel 1.4km
  9. Ixora Hotel 1.4km
  10. BP Hotel 1km

Uncategorized

Ice Cafe di Penang

What! Elsa mai Penang buka Cafe kenapa Olaf tak bagitau. Ice Cafe di Penang ni selain daripada makan, anda dapat bergambar dengan suasana di cafe ini seperti berada di dunia Frozen. Tapi selepas Elsa buka cafe dia dah balik ke dunia dia, Olaf pula tinggalkan tangan dan hidung ja.

Di sini hanya pelanggan cafe sahaja dibenarkan untuk bergambar di sini, so kalau ada yang tak mau makan boleh beli la secawan air RM14 demi bergambar disini.

Kalau berada di Penang jangan melepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman istimewa di sini. Santai sambil menikmati dessert yang serba mewah dengan pelbagai buah-buahan. Bila cuaca panas diluar kena pula dengan ais krim yang sejuk ini memang terbaiklah. Jom kita tengok Ice Cafe serta dessert yang ada di sini. 

Kaunter membuat pesanan makanan 

Waktu hujung minggu ramai orang, kalo week day mai boleh la dapat gambar lebih kualiti.

Decoration di dalam ice Cafe ini yang unik dan di dalamnya sejuk seolah anda berada di luar negara. Kawasan kafe ni boleh muat seramai 80 sehingga 100 orang dalam satu masa. Makanan di sini kabanyakan dessert atau makanan manisan. Kebanyakan makanan dengan tawaran harga RM15 ke atas.

Pintu entrance nampak biasa biasa je

Sekali pandang ingatkan gambar grafic dalam Frozen sungguh, balik rumah nanti gantikan meja makan dengan batu simen cat putih jadi tak?

Uncategorized

Masjid Sungai Tiram not only a Place to Pray

Sangat puas hati !!!

Itu lah yang dapat digambarkan tiap kali solat di Masjid Jamek Sungai Tiram ni.

Baru lepas renovate.
Cantik, besar, selesa, parking senang, bacaan imam pun sangat merdu dan bertajwid waktu singgah solat zohoq tadi😍😍😍.
.
Paling best sentiasa ada balang ayaq kopi dan tea yang disediakan untuk sesiapa sahaja ingin minum.
Juga ada makanan berupa mee goreng di bungkus siap-siap😋😋😋.


Yang kerja penat-penat berhenti rehat, elok sangat rehat sini minum-minum ayaq dan makan apa patut.
Besaq pahala oeang yang sedekah makanan dan minuman tiap hari kat masjid ni.

Salah satu persamaan orang kaya, majority orang kaya ada sikap sentiasa memberi.
Mereka sentiasa memberi sehingga mereka kaya.
Bukan tunggu kaya baru memberi.

Antara wishlist admin jugak nak cuba meneladani sikap camni tapi masih tak dapat istiqomah.

Ok baik …. Lokasi masjid ni?

Lokasi dia betul-betul sebelum airport Penang.
Selalu jika ada kerja area Bayan Lepas, antara masjid yang jadi pilihan untuk singgah adalah masjid ni.

Direct link to the Masjid

Masjid Jamek Sungai Tiram @ Masjid Al-Mustaghfirin
Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Sungai Tiram, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
https://maps.app.goo.gl/aEBFpMMJMEGzd1489See more

Love to know more information about Penang, simply check out our Facebook. We constantly having Promotion just follow us make sure you did not miss it.

Uncategorized

Kereta Sewa Servis Tip Top di Perai Butterworth Penang Sentral

Penang Sentral Butterworth

Butterworth, Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai kawasan Seberang Perai / Seberang Jaya, tidak perlukan anda menaiki feri atau jambatan Pulau Pinang. Begitu juga dengan Bandar Perda yang terkenal dengan uptown-nya, Juru Autocity yang terkenal dengan taman lampu-lampunya, Bukit Mertajam, Bukit Minyak semua lokasi ini tidak memerlukan naik feri atau jambatan kerana lokasi ini juga dikenali dalam negeri Pulau Pinang  belah darat.

Butterworth adalah lokasi dalam negeri Pulau Pinang yang mana terletaknya Penang Sentral. Penang Sentral ni pula pusat pengangkutan. Kalau nak naik feri dari darat ke pulau, nak naik ETS (stesen Butterworth), naik bas (stesen Butterworth), keretapi (stesen Butterworth), naik teksi (stesen Butterworth), boleh ke Penang Sentral je.

Kereta Sewa Perai Peang yang terkenal dengan servis dan review yang 99% dari pelbagai latar belakang customer menunjukkan servis tip top, pantas, mudah, kereta baru dan bersih seperti review-review  dibawah ni.

Untuk pengetahuan, Kereta Sewa Perai Penang memenangi rating tertinggi dan review terbaik belah darat di google maps.

Jarak Penang Sentral ke hanyalah 5kilometer sahaja. Ya benar. Jarak Penang Sentral – Kereta Sewa Perai Penang hanya 5kilometer je.

Car Rental nearby Penang central

Penang Sentral yang juga sebagai tempat persinggahan dan tempat memulakan perjalanan ke mana-mana lokasi lain, pastinya anda memerlukan kereta sewa di area Butterworth / Perai untuk ke tempat yang anda mahukan. Sebagai persiapan awal dan memastikan percutian atau perjalanan untuk sebarang urusan anda berjalan baik, anda perlu mendapatkan kereta sewa yang dalam keadaan tip top condition, trusted dan diakui servisnya terbaik.

Kereta sewa yang ‘trusted’, servis diakui terbaik dan boleh membuat mana-mana customer repeat yang dicadangkan adalah Kereta Sewa Perai Penang berdasarkan review-review yang di muat naik oleh customer-customer dari pelbagai bangsa dan latar belakang.

Nurul Haziqah:”
sngat baik, service memuaskan dan harga berpatutan 👌🏻It’s happened to me. And if you’re trying this, chances are it’s happened to you, too.”

Jika anda berada di Penang Sentral, ketahuilah jarak anda dengan Kereta Sewa Perai Penang yang rating review terbaik ini hanyalah 5kilometer sahaja.

Follow our Facebook Page

Kereta Sewa Perai Penang merupakan salah satu perkhidmatan kereta sewa yang menawarkan harga berpatutan dengan kemudahan dalaman dan servis yang menjadikan anda pasti repeat sekiranya anda pernah menggunakan servisnya. Kereta Sewa Perai Penang beroperasi di sekitar Butterworth, Penang Sentral, Perai, Seberang Jaya, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru dan lain-lain tempat yang berhampiran. Mereka juga menawarkan sewa kepada individu, kumpulan pelajar, syarikat korporat dengan pakej sewa harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan.

Sewa MPV- Kami menawarkan kereta sewa MPV Alza dengan harga yang berpatutan

Perkhidmatan kereta sewa di seluruh Butterworth, Seberang Perai, Seberang Jaya, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan lain-lain.

Perkhidmatan tempahan kereta sewa yang sangat mudah dan pantas. Anda boleh booking melalui Whatsapp atau terus call kami.

Kereta sewa untuk syarikat, korperat dan individu-individu yang memerlukan, kami pernah berkhidmat beratus-ratus customer dari seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Pelbagai pilihan kereta daripada kami, Hotselling kereta Axia Auto dan Viva Manual harga serendah RM90 sehari.

Disini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis kereta dan juga harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM90 sehari.

Uncategorized

Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans Sebenarnya Kita Boleh Claim MIB

Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans Sebenarnya Kita Boleh Claim MIB – Detik Berita

Dilanggar kenderaan yang tidak dilindungi insurans? Buat tuntutan kecederaan kemalangan.

Apa Itu Motor Insurers’ Bureau?

Biro Insurans Motor Malaysia (Motor Insurers Bureau of Malaysia) ditubuhkan pada 15 Januari 1968 untuk memberi keadilan sosial dan diwujudkan pada masa itu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 (kini Akta Lalulintas Jalan 1987).

Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans Sebenarnya Kita Boleh Claim MIB – Detik Berita

Ia diwujudkan untuk membela mngsa kemlangan jalan raya yang tidak mendapat pembelaan atau memberikan duit kepada mngsa kemlangan sama ada pemandu, pejalan kaki atau penumpang yang terlibat dalam kemlangan dimana kenderaan yang melanggar tiada insurans.

Dana yang digunakan MIB untuk semua mangsa kemlangan adalah dana daripada semua syarikat insurans yang diwajibkan mencarum ke dalam MIB pada setiap tahun. Dengan adanya dana ini, bantuan yang diberikan kepada mngsa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cara Buat Tuntutan Kepada MIB

Bagaimana cara nak claim atau buat tuntutan kecederaan kemlangan kereta, motor atau sebarang jenis kenderaan? Anda boleh ikuti perkongsian pengguna Facebook ini yang berkongsi tentang cara buat tuntutan kepada MIB selepas dilnggar pemilik kenderaan tiada insurans.

Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans Sebenarnya Kita Boleh Claim MIB – Detik Berita

Jika anda cedera dalam kemalangan kereta tiada insurans dan pesalah tak mahu bayar, sila claim MIB.

Kalau kita cedera dilnggar dengan kenderaan tiada insurans. Kemudian owner kenderaan itu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi. Dah la cdera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil lah, bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tahu. Jadi aku nak bagitahu. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tidak ada insurance.

MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurance wajib mencarum ke dalam MIB.

Ingin sewa kereta kawasan prai , butterworth bukit mertajam dan kawasan berdekatan boleh hubungi kami Pink Pingu Kereta Sewa Prai Penang

Ooo begitu. Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Kemukakan tuntutan secara kepada pihak MIB atau boleh melantik peguam

2. Pastikan ada nombor pendaftaran kenderaan tiada insurans itu yang terbabit dalam kemalangan. Pihak MIB tak akan bayar untuk kes lnggar lari atau yang tidak ada nombor plat kenderaan terlibat.

3. Serahkan tuntutan anda dalam jangka masa TIGA tahun dari tarikh kemalangan.

4. Sekiranya anda melantik peguam untuk failkan tuntutan di mahkamah, peguam harus beritahu pada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum tuntutan dibuat di mahkamah dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.

5. MIB hanya bayar untuk jenis kecederaan sahaja tidak termasuk dengan kerosakan kenderaan anda, harta benda, loss of income dan sebagainya.

6. Sebarang jumlah bayaran dari MIB adalah ditentukan oleh pihak MIB berdasarkan kes dan kejadian.

Dilanggar Kenderaan Tiada Insurans Sebenarnya Kita Boleh Claim MIB – Detik Berita

Pastikan anda mempunyai nombor pendaftaran pemilik kenderaan yang menyebabkan anda cdera.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Tuntutan MIB

1. Surat kepada MIB yang menyatakan maklumat tentang kejadian, alasan tuntutan dibuat dan semua dokumen yang disertakan.

2. Satu salinan laporan yang tercatat nombor kenderaan berkaitan.

3. Laporan polis tentang kenderaan yang melanggar sekiranya ada.

4. Laporan tentang perubatan kecederaan yang anda alami.

Hantar dokumen berkaitan ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia

Wisma PIAM

No.150-3, 3rd Floor

Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

50782 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 7395

Fax: 03-2274 5910

Peringatan : Kalau dah pandai tentang buat tuntutan kecederaan kemalangan jangan lupa ajar orang lain.

Terlibat dalam satu kemlangan adalah pengalaman yang amat menyedihkan serta sungguh membebankan. Selain tertekan dengan keadaan serta trauma, terlalu banyak perkara yang harus kita buat selepas kemlangan itu berlaku terutama tuntutan peribadi dan sebagainya.

Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda tahu sedikit sebanyak tentang hak anda sebagai seorang individu atau pun pengguna jalan raya untuk membela diri jika tidak bersalah serta berkaitan dengan khidmat sedia ada untuk membuat tuntutan berdasarkan keadaan atau situasi.

Jadi, melalui perkongsian ini anda sudah tahu bagaimana nak buat tuntutan kecderaan kemlangan di MIB sekiranya dilanggar oleh kenderaan tiada insurans atau pemilik kenderaan tidak mahu bertanggungjawab serta tidak mengaku kesalahannya. Semoga bermanfaat. Kredit media maklumat.

Info Source : https://detikberita.website/

Edit by : Pink Pingu Kereta Sewa Prai Penang

Sewa kereta Prai harga berpatutan servis tip top
Uncategorized

Toyota Clone Vellfire dan dijual lebih murah

Satu budaya rakyat Malaysia ialah mengembara bersama keluarga. Budaya tersebut didorong oleh ikatan kekeluargaan yang kuat serta infrastrukur dan kemudahan seperti lebuh raya dan destinasi pelancongan.

Bagi memenuhi budaya tersebut, pengguna tempatan memerlukan sebuah kenderaan yang sesuai.

Ada yang memilih kereta sedan, MPV atau SUV. Mereka yang berkemampuan pula memilih MPV besar dan mewah seperti Toyota Vellfire dan Alphard.

Namun sedia maklum harga kedua-dua model tersebut berada dalam kategori premium.

Adat meniaga, pengeluar kenderaan menawarkan pelbagai alternatif yang jauh lebih murah seperti Nissan Serena, Mazda Biante (sudah dihentikan), Toyota Innova atau SUV tujuh tempat duduk seperti Nissan X-Trail dan Mitsubishi Outlander.

Tawaran untuk MPV di bawah RM 100,000 pula lebih meriah dengan Toyota Rush, Toyota Avanza, Perodua Aruz, Perodua Alza, Honda BR-V, Proton Ertiga, Proton Exora dan Nissan Grand Livina.

Bagaimana jika anda tidak berkenan dengan semua model tersebut dan hati masih lekat pada Toyota Vellfire atau Alphard?

Jawapannya ialah Toyota Voxy.

Sejarah Voxy sebenarnya begitu dekat dengan rakyat tempatan. Voxy bermula daripada Toyota Noah yang diperkenalkan pada tahun 2001 bagi menggantikan LiteAce/TownAce Noah.

Noah adalah van yang berada di bawah Vellfire dan Alphard.

Model generasi kedua diperkenal pada tahun 2007 dan disusuli model facelift pada tahun 2010.

Menariknya model facelift tersebut dikenali sebagai NAV1 dan dipasang dan dijual di Indonesia sehingga tahun 2017.

NAV1 diposisikan di antara Toyota Innova dan Alphard.

NAV1 yang dijual di Indonesia dari tahun 2012 itu kemudian dihentikan pengeluaran pada tahun 2017.

Pada tahun yang sama juga Toyota menggantikan NAV1 dengan Voxy facelift generasi ketiga dan diimport terus daripada Jepun.

Apa kaitan Voxy Indonesia dan bagaimana van ini alternatif kepada pengguna tempatan yang meminati Vellfire atau Alphard?

Jawapannya ialah Toyota Voxy turut ditawarkan di dalam negara dan diimport dari Jepun oleh syarikat bebas .

Voxy sebenarnya berada dalam segmen sama seperti Nissan Serena dan Mazda Biante, ia juga mempunyai badan yang langsing dan tinggi.

Dari luar jelas ia ‘adik’ kepada Vellfire dengan lampu depan yang terpisah dua.

Sewa Kereta kawasan Penang Service 5 bintang

Sama seperti Alphard dan Vellfire, van ini boleh memuatkan sehingga lapan penumpang, dua pintu berkuasa, kamera undur dan skrin bumbung bergantung kepada spesifikasi.

Voxy dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 3ZR-FAE Valvematic dengan transmisi Super CVT-i.

Di Jepun, Voxy ditawarkan dalam sejumlah gred seperti X, V, ZS, C Package. Gred tersebut dipisahkan dengan pakej kelengkapan dan tempat duduk sama ada tujuh atau lapan.

Toyota Voxy yang diperkenalkan pada tahun 2014 dipasarkan pada harga bermula JPY 2,210,000 (2WD asas) sehingga JPY 2,970,000 (4WD premium).

Dari semakan di laman web jual beli kenderaan tempatan, Toyota Voxy recond dijual dari harga RM 120,000 hingga RM 170,000.

Harga tersebut tinggi berbanding pesaing lain dalam segmen sama dan itu adalah prestij dalam memiliki sebuah mini Vellfire!

Info Source : http://www.mekanika.com.my/

Edit By : Pink Pingu Kereta Sewa Prai